Ahad, 30 Mac 2014

PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.



Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.




Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha


2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

boleh baca surah-surah seperti al-kafirun (rakaat 1)
al-ikhlas (rakaat 2)

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: 

a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.

b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)


Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali

4) Berdoa

Sabtu, 29 Mac 2014

PANDUAN SOLAT SUNAT HAJAT


Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengankeazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan. 

FADHILAT SOLAT HAJAT
  • Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  • Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  • Permohonan dimakbulkan Allah SWT.  

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT

1. Lafaz niat


(Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lillahi ta’ala)
Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala

2. Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)

3. Rakaat 1: Surah Al Kafirun atau Ayat Kursi (1 kali atau 11 kali)


“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)


“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’

MEMBACA TASBIH Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

ATAU MEMBACA TASBIH BERIKUT 1 KALI


Wirid Selepas Solat Hajat.

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

a. Istighfar (10 / 100 kali)

“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.”
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
c. Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

Doa Solat Hajat.
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:






PANDUAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam. Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar. Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.


Sabda Rasulullah s.a.w.: 


Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


MEMUDAHKAN SOLAT MALAM

  • Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  • Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  • Membaca ayat-ayat Al-Quran.

1. Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut:


2.  Niat solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatal tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3. Surah selepas Al-Fatihah:

a. Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b. Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
c. Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:



5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:



6. Doa Solat Sunat Tahajjud


.
Rasulullah SAW bersabda: 
Sama-sama lah kita menunaikan nya. Semoga kita dapat keberkatan darinya.

Jumaat, 28 Mac 2014

DOA DI MURAHKAN REZEKI

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak share doa dimurahkan rezeki untuk kita semua dalam bahasa Arab, tulisan rumi dan bahasa melayu. Sama ada anda ingin cepat kaya, seorang peniaga atau usahawan, seorang yang bekerja, seorang yang inginkan anak, ingin cepat jodoh atau sesiapa sahaja anda, doa amat penting agar kita semua dimurahkan rezeki.

Di sini terdapat 8 doa murah rezeki di dalam Al Quran iaitu :

Ayat seribu dinar : Surah At Talaaq Ayat ke 2 dan ke 3
Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Ali Imran Ayat ke 27
Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 36
Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 39
Doa Nabi Isa A.S : Surah Al Maidah Ayat ke 114
Doa Nabi Musa A.S : Surah Al Qasas Ayat ke 24
Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Ibrahim Ayat ke 37
Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Al Baqarah Ayat ke 126

1. Doa murah rezeki : Ayat seribu dinar (Surah At Talaaq Ayat ke 2 dan ke 3)


Doa murah rezeki : Ayat seribu dinar

Ayat ini lebih dikenali sebagai ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar merupakan doa untuk memohon rezeki daripada Allah terutama apabila ditimpa kesulitan. Doa ini merupakan sebahagian daripada ayat ke 2 dan ayat ke 3 surah At Talaaq.


2. Doa murah rezeki : Doa Nabi Muhammad S.A.W (Surah Ali Imran Ayat ke 27)



Ayat ini merupakan ayat yang diberikan kepada Nabi Muhammad saw. Ayat mengenai kebesaran Allah swt dalam mentadbir malam dan siang, hidup dan mati dan hanya Allah yang memberi rezeki yang tidak terhitung kepada sesiapa yang Dia kehendaki.


3. Doa murah rezeki : Doa Nabi Muhammad S.A.W (Surah Saba’ Ayat ke 36)



Ayat ini merupakan doa yang diberikan kepada Nabi Muhammad


4. Doa murah rezeki : Doa Nabi Muhammad S.A.W (Surah Saba’ Ayat ke 39)



Ayat ini merupakan doa yang diberikan kepada Nabi Muhammad


5. Doa murah rezeki : Doa Nabi Isa A.S (Surah Al Maidah Ayat ke 114)



Ayat ini merupakan doa Nabi Isa as agar diturunkan hidangan dari langit. Doa Nabi Isa as. merupakan sebahagian daripada ayat ini.


6. Doa murah rezeki : Doa Nabi Musa A.S (Surah Al Qasas Ayat ke 24)



Ayat ini merupakan doa daripada Nabi Musa. Doa Nabi Musa terdapat di sebahagian pada ayat ini.


7. Doa murah rezeki : Doa Nabi Ibrahim A.S (Surah Ibrahim Ayat ke 37)



Ayat ini merupakan doa daripada Nabi Ibrahim memohon rezeki untuk kota Mekah.


8. Doa murah rezeki : Doa Nabi Ibrahim A.S (Surah Al Baqarah Ayat ke 126)



Ayat ini merupakan doa daripada Nabi Ibrahim untuk Kota Makkah. Doa Nabi Ibrahim terdapat di sebahagian pada ayat ini.

PANDUAN HIDUP

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Doa Selepas Solat



Dalam rumi:

Bismillah hir'rahma nirra'him 
Alhamdulillah hirob bil a'lamin Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waiz kholnaal jannata maal iiman waad khilnal jannata ma al iiman 
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim tahtam alaina bisuu ii' khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam Walham dulillah hirob'bil a'lamiin 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Khamis, 27 Mac 2014

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT


Solat Fardhu adalah tiang agama bagi umat islam. Solat akan menjadi lebih kusyuk jika kita mengetahui makna atau maksud bacaan dalam solat kita. 


Takbiratul Ihram:

Allahu Akhbar

Allah Maha Besar

Doa Iftitah:

Allahu akhbar kabira wal hamdulillah hi kasira wa subhana Allahi bukratan wa asila. Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Surah Al-Fatihah:

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiimShirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk:


Subhaana rabbiyal azhim wa bi hamdih

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan Dengan Segala Puji-pujianNya

Iktidal:

Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu

Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan Kami Bagi Engkaulah Segala Pujian

Sujud:

Subhaana rabbiyal a'la wa bi hamdih

Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan Dengan Segala Puji-pujianNya

Duduk antara dua sujud:

Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.

Ya Allah, ampunlah dosaku, dan rahmatilah daku, lindungilah aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku, dan maafkanlah akan daku.

Tahiyatul awal & akhir:

At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.


Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.

Segala penghormatan dari berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya


Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.